

Penyampaian lencana dan kain bagi prefek-prefek dan murid-murid yang dilantik dalam program 3K bagi murid-murid darjah Pra dan Darjah 1 yang disampaikan oleh guru besar Sekolah ugama PAPMNB Kilanas iaitu Cikgu Maladiah bte Liman. Yang diadakan pada hari ini iaitu 18hb Mac 2009 pada jam 2.00ptg selepas murid-murid menunaikan sembahyang fardhu Zohor berjemaah.


Acara ini juga diselajurkan dengan ikrar bagi murid-murid yang dilantik supaya murid mengetahui dan memahami akan disiplin sekolah yang mana ikrar ini diketuai oleh Guru Kanan Pentadbiran iaitu Cikgu Hj Zulhilmi bin Haji Metali.
Guru besar juga mengambil kesempatan memberi taklimat kepada murid akan tugas-tugas yang diberikan kepada murid-murid yang dilantik supaya murid-murid mengetahui akan tugas-tugas mereka dan sentiasa memegang amanah yang diberikan.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan